Isnin, Mac 16, 2009

Album Kompilasi UNIC - Langkah Tercipta *Baru*

Kini, kumpulan UNIC muncul lagi dengan album kompilasi baru mereka yang berjudul Langkah Tercipta. Album ini mengandungi 18 buah lagu termasuk 4 lagu baru ciptaan Munif Hijjaz, Isman Hijjaz, Bazli UNIC dan Fitri UNIC.

Antara lagu baru tersebut ialah Langkah Tercipta, Jalan Ku Pulang, Hanyut dan Bicara Tentang Cinta.

Keseluruhan lagu dalam album ini merupakan himpunan lagu dari empat album UNIC sebelum ini selain dari 4 lagu baru tersebut. Album ini juga turut menampilkan anggota baru UNIC iaitu Fakhrul Radhi (Juara AQ5).

Album ini telah diterbitkan oleh Hijjaz Records Sdn Bhd. Dapatkan album ini di pasaran sekarang dengan harga RM25.90 (CD).

Beli di:
http://hijjazrecords.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan