
Album ini merupakan terbitan KRU Studios Sdn Bhd. Album ini mengandungi 8 buah lagu yang terdiri daripada 2 buah lagu baru ciptaan sepenuhnya komposer terkenal Edry Abdul Halim iaitu `Pejuang Agama’ nyanyian Imam Muda 2 dan `Ujian Hidup’ nyanyianImamMuda 1 pada musim yang pertama. Istimewanya album ini turut memuatkan sebuah lagu bonus yang juga merupakan lagu tema Imam Muda, dinyanyikan secara berduet oleh penyanyi-penyanyi yang diminati ramai iaitu Mawi dan Akhil Hayy.Selain itu terdapat ‘Zikir’ dan ‘Selawat Ke Atas Nabi S.A.W ‘yang didendangkan oleh Imam Muda 1. Khas buat penggemar yang menggemari muzik instrumental, album ini tidak ketinggalan menampilkan lagu-lagu bonus instrumental seperti `Pejuang Agama’,`Ujian Hidup’ & `HambaMu’
Album Imam Muda ‘Memecah Tradisi’ kini dipasaran dan boleh didapati di rangkaian Giant, RockCorner dan Speedyyang berhampiran dengan harga RM19.90 atau anda boleh melayari ke Facebook United Studios untuk membuat pembelian secara online.